PENAMPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Menterinya Hannah Yeoh berkata program secara percuma itu menyasarkan 7,680 kanak-kanak dalam kalangan keluarga B40, Orang Kurang Upaya (OKU) berusia enam hingga 15 tahun dengan 600 peserta, dan warga emas 60 hingga 75 tahun seramai 600 peserta.
"Saya berharap program ini akan menjadi popular, jika ada banyak permintaan kita akan minta Ahli-Ahli Parlimen bantu bersama-sama untuk menjayakan program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KLAS Renang di sini hari ini.
Hannah berkata pada tahun ini, KBS lebih memberi fokus kepada warga emas bagi membolehkan golongan itu kekal cergas dan aktif selain mempelajari kemahiran baharu bagi mereka.
Pendaftaran KLAS Renang Fasa Satu kini dibuka bermula bulan ini hingga Jun depan dan program akan diadakan di 222 lokasi yang mempunyai fasiliti kolam renang.
Dalam pada itu, Hannah berkata kementeriannya juga sedang berbincang bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri yang mempunyai kolam renang untuk dibaiki bagi kegunaan awam.
Beliau berkata ia penting kerana sebelum ini terdapat beberapa kolam renang ditutup kerana faktor kos operasi yang tinggi.
Sementara itu, peserta KLAS Renang, Lee Kok Fui, 57, berkata dia berminat menyertai aktiviti itu kerana latihan renang mampu memberi manfaat kepada kesihatan.
Lee berkata apabila mengetahui tentang program itu, dia cuba untuk memohon dan mendaftar meskipun hanya mengetahui asas berenang.
"Sikit-sikit sahaja, tiada guru ajar. Saya harap saya boleh mahir berenang dan lebih sihat lagi," katanya yang berasal dari Penampang.
Janet Tye, 69, pula mengetahui program KLAS daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Luyang yang disertainya sebelum mendaftar menyertainya.
Tye berharap selepas menyertai KLAS Renang selama enam sesi itu, dia dapat mempelajari kaedah dan kemahiran berenang sekali gus mampu menyelamatkan diri dalam keadaan yang diperlukan.
"Belum terlambat untuk belajar (berenang), saya berusia 69 tahun. Saya ingin berterima kasih kepada Menteri Hannah Yeoh, yang merealisasikannya untuk kami terutama warga emas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Hannah berkata pada tahun ini, KBS lebih memberi fokus kepada warga emas bagi membolehkan golongan itu kekal cergas dan aktif selain mempelajari kemahiran baharu bagi mereka. - Gambar fail
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
Bekas bintang Everton, Tim Cahill kunjungi fasiliti, stadium JDT
Bekas bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam.
Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi
Pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.
The Hardest Singing Show, program pertama cabar kreativiti penyanyi tempatan
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativit Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Program 'The Hardest Singing Show' berteraskan konsep 'Kreativit Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun
Azizulhasni menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.
Pelajar Malaysia di Madinah yakin dapat bawa jemaah haji
Kira-kira 88 pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah terlibat sebagai muzawwir dalam operasi Tabung Haji (TH) bagi membantu aktiviti ziarah jemaah haji di madinah.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampir 35,000
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 34,971 rakyatnya terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
AWANI Borneo [12/05/2024] – Penghormatan terakhir | Serik dikhianati | Komitmen KKM
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.